My Blog List

24 July 2013

Detox Terapi Ion Kaki: Benar Atau Penipuan



Benarkah terapi ion kaki dengan merendamkan kedua belah kaki di dalam larutan garam yang dilalukan caj elektrik dapat mengeluarkan toksik di dalam badan kita? Sehingga hari ini masih tiada bukti saintifik yang mengesahkan kaedah ini berkesan membuang toksik dari tubuh anda.


Apa yang kita dengar dari testimoni pesakit adalah berbentuk hipotesis di mana perbezaan yang dirasai setelah menjalani terapi ion mungkin dalam bentuk psikologi sahaja, tidak lebih dari itu.

Sambil mendakwa kaedah seperti ini adalah semulajadi tanpa menggunakan dadah dan tiada kesan sampingan, ia sebenarnya tidak memberi apa-apa kesan terhadap tubuh anda sama ada tambah memburukkan atau memperbaiki tahap kesihatan tubuh anda. 

Sebenarnya larutan garam yang diberikan caj elektrik dengan menggunakan 2 besi elektrod positif dan negatif memang akan menukar warna larutan menjadi partikel kehitaman, hijau, coklat perang, kuning dan sebagainya dalam tempoh beberapa minit - tanpa merendamkan kaki anda di dalamnya. Ini dianggap sebagai 'bukti' kehadiran 'toksin' dari kaki anda. Sebenarnya saya telah mencuba sendiri eksperimen ini di rumah dengan menggunakan bateri kereta - terbukti 'kehadiran' toksin pelbagai warna seperti disebut di atas dalam larutan garam - tetapi tanpa perlu saya merendamkan kaki ke dalam larutan itu. Perubahan warna larutan adalah disebabkan proses pengoksidaan besi (karat) iaitu proses yang disebut elektrolisis. Bagaimana mereka boleh mendakwa itu semua datang dari kaki anda?

Jika anda masih belum yakin, boleh cuba sendiri dengan pergi ke pusat terapi ion tetapi jangan rendamkan kaki anda ke dalamnya. Pemilik pusat terapi pasti akan 'memaksa' anda meletakkan kaki anda ke dalamnya.

Dalam sebuah kajian, sampel larutan diambil untuk melihat unsur-unsur 'toksik' yang hadir di dalamnya. Penemuan mendapati tiada kesan logam berat ataupun unsur biologi dari tubuh manusia sebaliknya ia hanya datang dari logam elektrod yang digunakan.

Sakit kepala, lemah-lemah badan, masalah hati dan buah pinggang tidak boleh dirawat dengan kaedah ini atau berbagai kaedah detox seperti menggunakan pad kaki atau rawatan spa. Ramai doktor, saintis dan pakar perubatan percaya produk sebegini tidak mencuci apa-apa dari tubuh anda kecuali 'mencuci' poket anda. Jika benar, mengapa pad kaki tidak memerlukan caj elektrik untuk membuang toksin dari kaki anda?

Cara yang sebenar untuk membuang segala toksin di dalam tubuh disebabkan gaya hidup anda selama ini seperti merokok, alkohol, makanan yang tak menyihatkan dan berlemak, kandungan gula dan garam yang tinggi atau kesan-kesan sampingan dari ubat-ubatan ialah dengan melakukan perubahan gaya hidup yang positif dalam jangka masa yang panjang, bukan dalam masa yang singkat seperti merendamkan kaki atau melekatkan pad pada kaki semalaman.

Dipetik dari The Secret Medicines



15 March 2013

Dugaan Hidup....

Assalamualaikum...

Hari jumaat yang penuh dengan ketenangan,cuaca yang sangat baik dengan sinaran matahari yang sangat cantik. Alhamdulillah syukur kepada rahmatNya diberi ruang untuk kami bernafas, meneruskan hidup dengan sempurna. kami doakan orang lain pun menikmati apa yang kami perolehi hari ini. Syukur ya Allah....

Sejak kebelakangan nie kite dikejutkan dengan isu pencerobohan di Lahad Datu dari awal februari sehingga sekarang. Jatuh air mata  tiap kali ada berita kematian dalam pertempuran itu,berjuang ke titisan darah terakhir untuk mempertahankan negara. Besarnya jasa mereka memperjuangkan negara, sanggup meninggalkan keluarga, isteri, anak-anak untuk berjuang yang belum tentu lagi nasib mereka cam ne. Ya Allah semoga kau lindungilah mereka, tabahkan hati mereka untuk memperjuangkan negara,beri kekuatan mereka sehingga ke titisan terakhir...amin.

Kerisauan,kegelisahan, ketakutan,gemantar...emmmmmm nie la yang dirasai oleh keluarga, isteri dan anak-anak wira negara. Alhamdulillah...aku jugak merasai perasaan nie..dipilih oleh Allah untuk mengharungi dugaan bersama wira negara. Incik tunang sy juga sedang berjuang di Lahad Datu bersama-sama dengan wira2 yang lain. Pertama kali merasai perasaan nie....emmmm amat menakutkan!!!!tapi sy kena igat...mereka sekarang perlukan sokongan dari kite..kalu kite tak kuat cam ne nak semaikan semangat dkt org yang kite syg untuk berjuang...beri sokongan, kuatkan hati, kirimkan doa untuk mereka...tu je la yang mampu sy buat..alhamdulillah sekarang sy leh mengharungi dugaan nie..ya Allah semoga ketabahan, kecekalan hati sy untuk menyokong mereka yang berjuang terus kekal di hati...amin...semoga kalian semua selamat dan arap pertempuran nie berakhir dengan cepat....amin...

23 January 2013

Memori Terindah

Tetiba teringat lak memori tahun 2012 yang belum di coretkan kat blog nie. Orang cakap memori yang lepas jangan di kenangan. Yang lepas biarkan berlalu pergi..tapi kalu memori indah apa salah nyer kite kenang kan. Di sini saya nak share memori indah kawan saya Maseh yang telah melangsungkan perkahwinan pada 30 Jun 2012. Wah!!! da lama lepas nie tapi nak crite jugak hehehehehe..apa2 pun TAHNIAH Maseh..Selamat menempuh alam rumahtangga..selamat menjalani hidup dengan tugas dan tanggungjawab yang lebih besar...emmm status pun da tukar la yae...puan Maseh hehehehe...so sweet...sorry tk de sangat gambar dia kawen..satu pun blh la ek...



"Selamat pengantin baru awak"

Kite jumpa tips nak jadi isteri solehah la..jom kite hayati sama2 hehehe...

1. Isteri yang cerdik
Dengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandai
mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!
.
2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga
Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.
.
3. Manager dalam segala hal
Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.
.
4. Selalu di belakang suami
Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.
.
5. Menjaga perut suami dan anak-anak
Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.
.
6. Pandai jaga diri
Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.
.
7. Perunding imej
Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus
imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.
.
8. Menjaga keluarga mertua
Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.

Jom Sarapan

Suatu pagi di hari rabu, aku meneruskan rutin harian seperti biasa. Aku gagahkan kaki menuju ke bilik air..mandi..solat subuh..siapkan diri nak g keje..arinie tk nak lambat da sampai opis..sebab da lambat 7 minit tau..kalu tiap2 hari lambat...emmmmm habis la aku..sebenarnya nak crite..arinie istimewa skit..kakak aku masak mee goreng untuk di bawa ke opis..sarapan katanya..bertuahkan dpt kakak yang tlg masak untuk adik dia...kalu aku masak sendiri lagi bertuah kot hehehehe....apa-apa pun thanks kak..menyediakan sarapan yang sedap....jom sarapan..nyam nyam nyam.....




sekadar hiasan sajer!!!!





21 January 2013

Ketenangan

Jom mulakan pagi kite ngan zikir kepada Allah swt. Semoga ketenangan dan keberkatan menjadi milik kite untuk meneruskan perjuangan.

18 January 2013

Sedikit perubahan

Saya ngah cuba membuat sedikit perubahan kat blog nie. Emmm tk de la banyak sgt sebab saya nie dikategorikan di kalangan org yang tk brape nak kreatif hehehe.

Hari Jumaat 2013

Saya suka sangat bila tiba hari jumaat..hari yang tenang..hari yang penuh keberkatan..hari yang indah..alhamdulillah sehingga kini Allah aku masih memberikan aku menikmati keindahan dan kelebihan hari jumaat...tadi masa google terjumpa artikel kelebihan hari jumaat..jom kite hayati kelebihannya...
1. Berlakunya Hari Qiamat.
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa:
“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
Dalam hadis lain, RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud :
“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
2. Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.
Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
3. Penghulu Segala Hari.
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.
4. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.
Menurut Rasulullah SAW:
“Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
5. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
6. Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah.
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”
Dan RasuluLlah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa RasuluLlah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)
Sabda Rasulullah SAW lagi :
“Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)

17 January 2013

Halamak!!!!!!!!!!!!!!!!

Cam ne leh tk sedar...arinie da 17 Janauri 2013...emmmm 2013 wokeh!!!!!bukan 2012 lagi...da lama rupanya aku tk mengunjungi blog nie..banyak memori yang berlaku sepanjang tahun 2012 blum disimpan di sini..jom mulakan tahun baru dengan crite dan kenangan yang lebih gempak hahahaha...tapi sebelum tu mungkin beberapa entri awal nie aku akan critekan kenangan tahun 2012..semoga tahun baru nie memberi seribu makna buat kami bertiga..diberi keberkatan hidup..diberi hidayah dan rahmat yang lebih banyak dari-Nya..ya Allah permudahkanlah urusan kami...jika kami diberi ujian dari-Mu..kuatkanlah kami untuk menempuhnya..redhakan lah hati kami nie ya Allah...sesungguhnya Engkau yang mengetahui segalanya..



Apa azam tahun nie ekkk????azam tahun sebelum nie pun tk sempat sempurnakan lagi...leh ke buat azam baru???hehehehe.....

30 May 2012

Kongsi kegembiraan bersama

Assalamualaikum...

Selamat pagi kawan2..cam ne arinie??semoga kalian semua sihat dan dapat menjalani kehidupan yang dipenuhi rahmat dari illahi..saya nak kongsi sedikit kegembiraan dengan kalian..beberapa rakan saya telah selamat mendirikan masjid..tahniah..semoga bahagia hingga ke akhir hayat..tetapi saya ingin memohon seribu kemaafan kerana tidak sempat nak g semua kenduri..tu la sape suh buat kenduri sama tarikh kan..


Beberapa gambar yang sempat kami snap masa majlis perkahwinan diaorg..yang bawah nie bertemakan warna purple yang sangat comel Tengku Nurashiha dan pasangan yang selamat diijab kabul pada 25 Mei 2012 (Jumaat)..semoga bahagia hingga ke akhir hayat..tahniah Nura.....




Nie lak kawan kite yang sangat baik, peramah, rajin dan sebagainya hehe..Muhammad Dini dan pasangan yang telah selamat mendirikan masjid pada 19 Mei 2012(Sabtu). Tahniah..selamat menempuh alam rumahtangga dan bahagia hingga ke akhir hayat..amin



TAHNIAH...SELAMAT PENGANTIN BARU.....

23 May 2012

Kelebihan bulan Rejab


Assalamualaikum...
Alhamdulillah..bersyukur sangat kerana masih lagi diberi peluang menjalani kehidupan di bulan yang penuh keberkatan iaitu bulan Rejab..di sini saya nak kongsi kelebihan yang kite perolehi di bulan Rejab...
Bulan-bulan hijrah datang dan pergi tanpa disedari. Hanya Ramadan dan Syawal sahaja yang kebanyakkan kita sedar kedatangannya. Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh umat islam dengan memperbanyakkan ibadah.
1. Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
2. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.
4. Malam awal Rejab mustajab do’anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
5. Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
6. Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
7. Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
8. Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.
9. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
10. Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
11. Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
12. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
13. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
14. Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.
17. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
18. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.
19. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.
20. Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.
21. Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.
22. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!
23. Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
24. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: ‘Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau’.(dari kitab Raudatul Ifkar)
25. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.
REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya
REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.
Beramallah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

5 April 2012

Kenangan bulan April

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..kiranya kami bertiga masih lagi bersama-sama mengharungi suka, duka, pahit dan manis dalam tahun 2012..'ya Allah semoga persahabatan kami ini akan kekal sepanjang hayat walaupun apa jua rintangan dan halangan yang akan kami tempuhi..limpahkanlah kasih sayang dalam persahabatan ini..amin'..

Bulan April..banyak kenangan yang bermula dari bulan nie..antaranya..Maseh telah mencetuskan blog ini untuk mengabadikan kenangan kami..suke2...thanks Maseh..mmg byk kenangan tercurah kat sini..tapi kdg2 tak tercurah je..(sibuk kan)....bulan April jugak ada ari istimewa untuk....hehe nnti da tiba tarikh nyer akan kami ceritakan..

Rasanyer berkesempatan lagi kalu saya ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Maseh kerana telah selamat melangsungkan Majlis Pertunangan dengan pasangan pada 1 April 2012 (Ahad)..ala tk sempat la nak g kenduri airtu..sorry ek...nnti kenduri kahwin insyaAllah kiteorg datang memeriahkan majlis dan menghabiskan makanan yang ada..semoga bahagia hingga akhir hayat..amin...

Semoga persahabatan kite akan diberkati oleh Allah swt....insyaAllah...






12 December 2011

Jom serang

Aktiviti hari raya..walaupun da lepas tapi nak gak citer..kami nie pantang ada makan free..suke sangat..hari raya puasa yang lepas kawan kite buat rumah terbuka..apa lagi jom serang..hampir sebahagian gak yang join aktiviti nie..rumah dia kat semenyih..best mak dia masak mee bandung..sedap sangat..arap tahun depan ada jemputan lagi hahaha..thanks Ezul...


 jom makan

 makan apa tu maseh???

 sempat la posing kat umah orang nie

 nyam..nyam..sedap..mee bandung...

 baju hitam oren itu la tuan umah..Ezul...

Maseh, Ina, Puan Wani ngan Cik Seri..

 senyum pas kenyang..alhamdulillah

 da makan semua kan..jom balik..

kenangan Pusat Bandar Damansara

Tiba2 terigat lak opis lama KPKT dekat pusat bandar damansara..walaupun da beberapa bulan kami meninggalkan tempat itu..kenangan nyer maseh melekat di hati hehehe tu la tempat kami ber3 berjumpa..banyak detik2 indah semasa berada di sana..terutama nyer pada hari minggu..kami akan mengadakan aktiviti 'cuci mata' hehehe best..'cuci mata' maksud nyer melawat gerai2 jualan tudung, baju, kasut, alat mekap dan sebagainyer..jom la kite tgk gambar masa kami nak pindah lu...









Sukan Korporat 2011

Walaupun sibuk kami sempat mengadakan sukan untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Antara sukan yang diadakan adalah pertandingan congkak, catur, carom, bola tampar, futsal dan banyak lagi. Aktiviti ini diadakan oleh Kelab Korporat pada hari sabtu atau ahad. Antara posing yang sempat dirakam...






Hari Inovasi 2011

Sekarang baru ada masa untuk mencoretkan setiap aktiviti yang kami lakukan..sebab da tk banyak kerja..nie aktiviti pada bulan November yang lepas..setiap tahun kami akan menguruskan perjalanan Hari Inovasi KPKT..alhamdulillah semua berjalan ngan lancar..berbaloi la kira nyer kami bersekang mata balik keje sampai pukul 1.00 pagi..seronok sangat..di bawah antara gambar yang sempat di ambil sebelum kejadian dan selepas kejadian hehehehe..layannnnnnnnnnn...

 nampak tak semua gumbira..nie da lepas event..penat tapi senyuman tetap ada..tahniah semua..

tunggu tetamu datang masa nie..
 itu dia..yg depan skali bos kiteorg..Pn.aida, Maseh,Ina,K.ana,Leha, Cik Seri dan Pn. Wani..

bergambar ngan gimik hari inovasi



retreat 2011 part 2


nie gambar keluarga Bahagian Korporat 2011







nie antara posing yang sempat kami rakam sewaktu di sane..

Retreat 2011

Kami telah mengadakan retreat untuk bahagian korporat di Cherengin Hills Janda Baik, Pahang pada 9 hingga 11 Disember 2011. Pertama kali sampai kat bukit yang amat tinggi..perasaan takot semesti nyer ader..tapi pengalaman kat sane memang menarik..di bawah hasil yang kami dpt sepanjang retreat ini (bergambar la apa lagi)....


ala satu jer boleh upload..nnti saya upload lagi yae..masa nie kiteorg ngah wat aktiviti telematch..cam2 permainan..best sgt...

lirik ombak rindu...



Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya ‘tuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terimaku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

Lara lagi.....

Hanya sampai di sini sahaja
Kisah cinta kita berdua
Tiada daya selamanya
Terhenti di sini

Biar ku pujuk ati ini
Merawat rinduku sendiri
Setelah aku kau lukai
Sedangkan kau tahu

Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru

Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah
Tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu.. percayalah

Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di suatu hari nanti
Ku jejak bahagia...